About
![]() |
@Kuala Lumpur. 2024 |
PASAR FOTO mengambil kira cara ber-kedai seperti keadaan di pasar umum. Berniaga apa saja produk/ servis berkaitan FOTOGRAFI secara positif dan santai disetiap lokasi PASAR FOTO. Kami pamerkan artwork KARYAWAN Pasar Foto dan kami bimbing KARYAWAN Pasar Foto agar punya yakin diri untuk berdiri dan bercerita tentang artwork masing-masing.
Perjalanan untuk menghasilkan sesuatu karya foto berbeza-beza oleh setiap fotografer, unik tiada duanya. Kita mahu foto-foto yang terhasil tidak hanya dalam bentuk digital yang dikongsi dan berakhir di muka Facebook atau Instagram saja. Kita mahu foto-foto ini dalam bentuk fizikal dan nyata untuk dikongsikan kepada umum dan pencinta seni fotografi.
Usaha mencetak artwork fotografi dalam medium yang berbeza-beza adalah mencabar tetapi pengalamannya pasti amat manis. Cabaran bukan saja pada pemilihan foto yang mampu memikat mata hati tetapi juga cabaran kepada poket kita. Kerja mencetak foto dalam sebarang medium bukan murah ya.
Cabaran seterusnya ialah mencari platform yang sesuai untuk mempamer dan menjual hasil seni yang telah terhasil.
Misi kami di PASAR FOTO ialah:
- Menyediakan lokasi stategik untuk Usahawan Fotografi berniaga barangan masing-masing
- Menggalakkan fotografer untuk mencetak, mempamer dan menjual gambar
- Menjadi hub bagi fotografer untuk memahirkan ilmu fotografi
Jom sertai kumpulan KARYAWAN Pasar Foto untuk pengalaman berniaga secara berkumpulan.
Cheerios
Ulasan
Catat Ulasan